Nuffnang

Isnin, 18 Julai 2011

Kereta Termahal Di Dunia 2011




Sebut pasal kereta ni aku serender la..Tapi aku ada impian juga memiliki kereta sport buatan luar negara.. Tapi susah juga kalau kereta rendah..nanti mo beli ikan di pasar pun susah..sangkut sana sini..hehe..alasan tiada duit tu..korang check it out la kereta ni mana tau berkenan..

1. Bugatti Veyron $1,700,000 (RM6.5 juta)

Ini kereta luar biasa dibuat oleh Bugatti Automobiles SAS, dalam kumpulan Volkswagen. Bugatti Veyron menggunakan injin W16, yang terdiri daripada 16 silinder dan 8.0 liter kapasiti. Kereta ini boleh mencapai kelajuan tertinggi 407 km/jam dan akselerasi dari 0-96 km/jam hanya dalam waktu 2.5 detik.

Isnin, 4 Julai 2011

Harga Baru Dan Terkini Minyak Petrol RON97 16 June 2011 : RM 2.80 Seliter. Turun 10 Sen !


Menurut laporan Buletin Utama TV3 15 June 2011, harga baru @ terkini minyak petrol RON97 pada 16 June 2011 ialah RM 2.80 seliter. Harga sebelum ini ialah RM 2.90. Ini bermakna harga RON97 turun 10 Sen.

Walaubagaimanapun harga RON95 masih kekal pada paras RM1.90 seliter. Harga baru RON97 itu efektif tepat jam 12 tengah malam 16 June 2011.

Keputusan menurunkan harga RON97 mungkin disebabkan tekanan yang di terima kerajaan akibat kenaikan tarif elektik yang baru dilaksanakan dan kenaikan harga barangan terutamanya makanan yang semakin meningkat akhir-akhir ini...

Berita selanjutnya akan menyusul

kereta myvi baru dan terkini



Mari lihat gambar model kereta MYVI baru bagi keluaran 2011. Menjelang pelancaran rasmi Perodua Myvi generasi terbaru di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 16 Jun ini yang dijadual akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah membuka tempahan untuk model itu mulai 4 Jun 2011. Myvi 2011 Tempahan Perodua Myvi 2011 dibuka mulai 4 Jun 2011, deposit RM400.00 sahaja .Deposit sebanyak RM400.00 diperlukan untuk membuat tempahan. Tempahan boleh dibuat di mana-mana 178 cawangan Perodua di seluruh negara mulai Sabtu ini.