Nuffnang

Ahad, 17 April 2011

Semua Kenderaan Wajib Jalani Pemeriksaan Puspakom Mulai Jun 2011


Mulai Jun 2011, kerajaan akan menguatkuasakan Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan) 2010 yang telah diluluskan, di mana setiap kenderaan bermotor terpakai, dibaikpulih dan diubahsuai diwajibkan menjalani pemeriksaan menyeluruh di Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) bagi memastikan kenderaan berkenaan berkeadaan baik dan selamat.

Antara faktor utama penguatkuasaan itu ialah untuk mengelakkan pengguna terbeli kenderaan potong, mempunyai sejarah jenayah, kereta curi atau kereta diubahsuai tanpa kebenaran pihak berkuasa.Kita sedia maklum, bahawa banyak kes-kes orang ramai yang “terbeli” atau tertipu dengan kereta potong sikit waktu dulu.

Kami sebenarnya menyambut baik saranan ini, dan berharap pihak berwajip Puspakom akan lebih telus dalam membuat pemeriksaan.Sebelum ini, dah banyak kes beli kereta potong ni boleh “lepas”.Macamana boleh lepas, itu bukan urusan kami.Dan bagus juga akta ini dikuatkuasakan dimana, motorsikal juga wajib selepas ini menjalani pemeriksaan sebelum dijual kepada pemilik baru.Ini sedikit sebanyak dapat menjadi suatu “sekatan” dimana banyak kes-kes motor curi yang dijual semula.

Jadi, dengan lambakan kereta yang akan membuat pemeriksaan selepas ini, ianya sedikit sebanyak akan menambah keuntungan kepada pihak Puspakom sendiri.Apa yang sangat kami harapkan, jangan pula selepas ini, masih ada yang kes-kes kereta potong yang diluluskan Puspakom akan terjadi.Pastikan pekerja-pekerja yang diambil bekerja di Puspakom, mempunyai integriti.Jika tidak, sia-sia sahajalah akta ini dikuatkuasakan.

Apa pandangan anda mengenai akta baru pemeriksaan kenderaan ini?

0 ulasan:

Catat Ulasan