Nuffnang

Isnin, 28 Mac 2011

Kepada pemakai kereta Reput.oldskool....




Dasar automotif negara seolah-olah tidak menggalakkan kita pakai kereta lama & Reput@Oldskool. Tengoklah cabaran dan dugaan pemilik-pemilik kereta Reput lama. Dah la spare part susah, premium insurance pula naik berganda-ganda. Itu belum kira pelbagai kempen dan iklan untuk orang-ramai beli kereta baru... Maklumlah, kadar interest pinjaman yang rendah dengan tempoh bayaran yang panjang... Agak-agak dapatkah kita bertahan dengan kereta Reput kita...?

Aku baru selesai bikin seat bucket dekat kereta reput aku Truena82 aku..Wat tapak jerk td sepasang rm150..mengeluh jugak aku.tapi ape nk wat kereta reput aku Dah berumur 23 tahun kereta tu, tak banyak ragam, hutang pun takde.. Tapi tu la masalahnya, susah nak dapat spare parts.. Bila tanya kedai spare parts, "haiya itu kelantan,melaka,johor,kedah Banyak lama woooo..."

HARGA MINYAK DAN TENAGA KERETA REPUT,HAKAT...


Harga runcit petrol dan diesel turun 15 sen seliter lagi berkuat kuasa pada 17 November, 2008, manakala harga siling beras Super Tempatan (ST) lima peratus serta 10 peratus hancur dikurangkan antara 20 dan 30 sen sekilogram, mulai kelmarin.

Penurunan harga bahan api itu adalah yang kelima sejak Ogos lalu, manakala pengurangan harga siling beras pula yang pertama dilakukan sejak harga barangan makanan berkenaan dikawal kerajaan Mei lalu

Dalam kenyataannya semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan mengambil keputusan mengurangkan lagi harga runcit petrol dan diesel sejajar dengan penurunan harga minyak dunia yang berterusan.

Beliau berkata, kerajaan turut berharap peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang supaya rakyat mendapat manfaat sepenuhnya berikutan penurunan terbaru harga bahan api itu.


Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, dalam kenyataannya mengumumkan harga siling baru beras ST lima peratus diturunkan daripada RM2.80 kepada RM2.60 sekilogram, manakala ST 10 peratus hancur dikurangkan kepada RM2.40 sekilogram berbanding RM2.70 sekilogram sebelum ini.

Beliau berkata, penurunan harga itu diwartakan kelmarin dan berdasarkan pemantauan kementerian, pengusaha pasar raya sudah pun menurunkan harga beras berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, masih ada beberapa kedai runcit yang menjual beras itu pada harga lama.


Beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil mengikut Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) 1992 terhadap peruncit yang menjual beras berkenaan melebihi harga siling itu.

Harga beras ST5 dan ST10 mula dikawal pada Mei lalu berikutan kenaikan harga beras di pasaran dunia. Sebelum itu, kerajaan hanya mengawal harga beras ST15 sejak 1998.

Sumber: Berita Harian

Baca dan korang tafsirkanla maksudnye


isah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam. Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan malam di rumah adiknya di Bandar Sunway. Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan. Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya, telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas cermin tu dengan sebati dan sekata lagi? Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta. Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3 orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset. Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa, aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara. 3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi isyaratnya? Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan telur pecah jer tak sempat nak lap lagi. Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya. Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan – lebih lagi yang bawak anak kecil kat belakang. Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku kepada anda, pastikan: 1. Jangan sesekali tarik spray wiper; 2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan orang ramai. Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan Pandulah dengan selamat, wallahu a’lam.
P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan jadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih proaktif dan berkesan.

Ahad, 27 Mac 2011

Industri Kereta Hakat (Halfcut,kedai potong body) Bakal Ditamatkan Pada tahun ini 2011


Kejap jerk Masa berlalu dengan pantas. Pejam celikmakan,tido, sekarang kita dah berada di tahun 2011. Industri automotif Malaysia menjadi lebih menarik daripada sebelum ini. Pelanggan juga banyak pilihan yang jauh lebih bagus untuk membeli kereta. Antara teknologi terdahulu yang mendapat perhatian kini adalah kereta yang mempunyai turbo dan juga supercharger. Sekarang teknologi baru seperti transmisi cluctch berkembar, CVT, hybrids engine dan lain-lain.

Tetapi, dengan kegembiraan teknologi baru ini, Polisi Automotif Kebangsaan (NAP) menyatakan bahawa mereka akan menamatkan industri mengimport barangan dan komponen komponen kereta terpakai daripada negara lain bermula pada jun 2011 ini.

Pada aku rakyat malaysia belum ada kemampuan setengah2 golongan seperti aku dan juga rakyat malaysia.Pada kerajaan malaysia tolonglah dengar suaran hati rakyat jelata.sesungguhnye ramai lg yang mereka yang masih berkereta REPUT.

Panduan memohon penukaran enjin


Nombor enjin adalah nombor identiti sesebuah enjin yang dicop pada blok enjin mengikut ukuran dan bentuk di tapak yang oleh pembuat/pengilang.

JENIS-JENIS PERMOHONAN

  1. Kategori 1: Penukaran enjin dari buatan dan keupayaan kapasiti (cc) yang sama atau tidak melebihi 25% dari enjin asal (kenderaan persendirian sahaja)
  2. Kategori 2 : Penukaran enjin dari buatan yang berbeza / keupayaan kapasiti (cc) melebihi 25% dari enjin asal
  3. Kategori 3 : Penukaran enjin yang melibatkan penukaran bahan bakar
  4. Kategori 4 : Penukaran enjin kenderaan buatan PROTON yang menggunakan enjin CAMPRO kepada enjin buatan Mitsubishi
  5. Kategori 5 : Penukaran enjin yang melibatkan penukaran Gearbox (Manual ? Auto)
  6. Kategori 6 : Penukaran enjin bagi kenderaan perdagangan

Definisi ‘enjin asal’ adalah merujuk kepada model enjin yang telah dipasang kepada model kenderaan tersebut oleh pengilang.

Senarai buatan-buatan yang dikategorikan sebagai sama (klon)

PROTON<->a) MITSUBISHI
b) RENAULT (SAVY,WAJA 1.8)
c) CITROEN ( TIARA)
* penukaran enjin hendaklah dari model enjin yang sama varience dengan PROTON.Sebarang pengubahsuaian "Engine Mounting" adalah tidak dibenarkan sama sekali.
PERODUA<->DAIHATSU / TOYOTA
FORD<->MAZDA
PEUGOT<->CITROEN
HICOM<->ISUZU

?SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin:

  1. Penukaran hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diisytiharkan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan)1959 L.N. 170/1959.
  2. Keadaan struktur keseluruhan kenderaan hendaklah baik terutamanya pada bahagian rangka casis (chassis frame).
  3. Tiada pengubahan struktur dilakukan pada ‘front cross member’, ‘steering linkage’ dan ‘steering box’.
  4. Tiada pengubahsuaian pada ‘base engine mounting’ dan tiada kimpalan pada struktur tambahan ‘engine mounting’.
  5. Kenderaan model Proton SELAIN Proton Perdana tidak dibenarkan membuat penukaran enjin berkeupayaan 2000cc..
  6. Pelepasan asap kenderaan tersebut mestilah tidak melebihi 50% ‘opacity’. (Bagi enjin diesel sahaja).
  7. Lulus pengujian tahap kecekapan sistem brek di lorong pemeriksaan.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN

Bagi Kategori 1
Pemilik kenderaan tidak perlu memohon kepada bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri dan boleh melakukan pemeriksaan terus di PUSPAKOM bersama dengan dokumen-dokumen berikut:

  1. Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
  2. Bil/Resit belian enjin yang asal
  3. Laporan Kastam K1 yang asal
  4. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)


Bagi Kategori 2 hingga 6

Pemilik kenderaan boleh
memohon terus di bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri untuk mendapatkan surat kelulusan dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut:

  1. icon Borang Pemberitahuan Penukaran Enjin (10.52 kB)
  2. Salinan Kad pendaftaran kenderaan yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
  3. Salinan bil/resit belian enjin
  4. Salinan laporan Kastam K1 yang disahkan
  5. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)

Setelah surat kelulusan dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat kelulusan untuk mendapatkan Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  1. Surat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ
  2. Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
  3. Bil/Resit belian enjin yang asal
  4. Laporan Kastam K1 yang asal
  5. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)
  6. Laporan PG10 (sekiranya penukaran enjin melebihi 30% daripada enjin asal)

Setelah Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah mengemukakan laporan B2 tersebut bersama dengan kad pendaftaran kenderaan kepada JPJ Negeri atau Cawangan untuk tujuan mengemaskini kad pendaftaran dan merekod rujukan kelulusan.

KADAR BAYARAN

Tiada bayaran dikenakan untuk mendapatkan kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif

MAKLUMAN

Permohonan Penukaran Enjin boleh dilakukan di Pejabat JPJ Negeri.

Pelaksanaan Kadar Kompaun Baru


Kerajaan telah bersetuju dengan Pelaksanaan Kadar Kompaun Baru Bagi Kesalahan Lalu Lintas dibuat berkuatkuasa 15 April 2011. Berikut adalah kadar kompaun baru yang telah ditetapkan :

Kadar kompaun baru ini juga telah diputuskan mengambil kira keperluan semua agensi penguatkuasa dan akan digunapakai secara seragam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Perbadanan Putrajaya dan Majlis Berkuasa Tempatan. Kadar kompaun baru ini adalah terpakai bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan pada atau selepas 1 Mac 2011 manakala kesalahan sebelum 1 Mac 2011 masih menggunapakai kadar kompaun sedia ada.